Friday, August 14, 2015

Yeay..Esok Hari Raya...............

Salam Aidilfitri....



Maaf Zahir dan Batin dari kami AJK Maple
untuk semua warga Maple, Iris, Lily dan
yang berada dimana sahaja..


 Akhirnya genap sudah sebulan berpuasa..
Ramadhan berlalu pergi moga kita bertemu 
jua di tahun hadapan..
Huhuhu..sedih la pulak..

Ok...ni nak tanya siapa yang tak cukup berpuasa 
tidak boleh beraya ya...
Muhahaha...
Teringat zaman kecik-kecik dulu..
Seronok giler time raya ni...
Memang di tunggu-tunggu.. 
Paling tak sabar bila nak kira duit raya...

Untuk yang pulang ke kampung halaman..
Harap patuhi had laju dan memandu dengan 
selamat..ingatlah orang tersayang..

Moga amalan ziarah-menziarahi bukan sahaja
sanak keluarga dan saudara mara..
begitu juga dengan sesama jiran akan 
terus kekal hingga selamanya..




Bagi warga Maple ni..sambutan hari raya dia orang..
hermm..tak payah cakaplah..
tiap-tiap tahun meriah..!
Hahahaha...tak gitu...




               Selamat Hari Raya Semua..!!








Main Entrance Statement & New Post Guard


Main Entrance Statement MAPLE SU1 done!

Waaa....Weee..teruja sungguh!!

Akhirnya warga Maple sudah memiliki 'Main Entrance Statement' dan bukan itu sahaja, bahkan Rumah Pondok Pengawal yang baru yang lebih tegap kukuh dan 
mencerminkan kediaman warga
Maple yang agak elit gitu.....


















Ini adalah atas usaha seluruh warga Maple dan bantuan 
mantap dari AJK Maple yang telah sama-sama berusaha menjayakannya...
Syabas dan Tahniah semua...


Ini adalah amat bersesuaian dengan musim perayaan 
yang bakal disambut tidak lama lagi..
Almaklumlah..sudah pastinya semua warga Maple 
amat risau dan bimbang tentang keselamatan harta benda yang ditinggalkan untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing nanti























Jadi,sila patuhi waktu operasi bagi penguatkuasaan pintu pagar keselamatan ya...
dan semestinya pelawat sila lapor diri anda terlebih dulu..







Lepak Santai bersama Kejiranan Maple

Baru-baru ini satu aktiviti "Lepak Santai" telah diadakan oleh
AJK Maple dengan Warga atau lebih tepat sekali Kejiranan
Maple....

Maple memang AWESOME !!!
Memang satu tepukan gemuruh untuk diri sendirilah...
memang harus dipuji..semua warga maple amat positif dan memberi
kerjasama yang 200%...ahahaha


"Lepak Santai"  ini bukan sahaja bertujuan riadah dan lebih mengenal mesra
antara satu sama lain.tetapi yang paling penting sokongan terhadap
semangat kejiranan itu sendiri.










Konsepnya mudah, sambil makan-makan, boleh bersembang dan melontarkan
pandangan dan cadangan tentang halatuju mahupun aktiviti yang telah dirancangkan.


Lihat sahaja gelagat masing-masing dan pastinya anak-anak adalah orang yang paling seronok bila aktiviti ini dijalankan.Gelagat warga Maple untuk
menyediakan makanan dan minuman yang tak perlu disangkal lagi..
memang hebat...













Almaklumlah, katering disediakan oleh setiap lorong,
jadi dah tentulah HAVOC di buatnya...