Tuesday, February 10, 2015

Ladies Club..For Ladies Only..Come on Ladies..!

Its...Aerobik time...yeay..yeay!!

1,2,3,4...8, 8 lagi...Hahaha..best betul ni..!!
Satu-satunya aktiviti untuk para ibu-ibu yang ingin
melepaskan stress selepas sibuk dengan pelbagai 
tuntutan dan tugasan sebagai isteri dan ibu kan?
Apalagi...meh jom-jom kita longgarkan mana
yang patut tu..buang yang semua tepu-tepu tu..



So jangan kata tiada masa untuk diri sendiri ya..
Mari la bersenamrobik bersama  di Mawar 3 yang 
dipimpin oleh "amatur instructor" oleh Pn Farah
(Mawar 4), hari Ahad minggu pertama.
Oh ya.. aktiviti ni di lakukan sebulan sekali dan mungkin akan dikerapkan sekiranya mendapat sambutan yang baik.





Muka ibu-ibu yang gembira bersenamrobik
Sempat berposing lagi uolllsss..
Dan ni pulak kumbang tersesat jalan sudah..
So lepas penat senam..bersarapan bersama-sama..
Memang serius best gilerr la..!! 




Wednesday, February 4, 2015

Hang Kebun....


"Tuan Assistant Director, klu saya tak boleh jadi Hang Jebat pun 
takpe lah..kasilah saya jadi Hang Kebun..."
"Ha..Hang Kebun belum ada pelakonnya, tapi...
klu nak jadi Hang Kebun tak boleh pakai keris mesti pakai cangkul."
"Cangkul pun cangkullah.."
Ingat tak lagi petikan dari cerita Seniman Bujang Lapok ni?

Nampaknya memang ramai yang menjadi Hang Kebun di Mawar 2 ni..muhahaha..
Rasanya memang idea yang hebat dan usaha gigih jejiran
Mawar 2 kita ni memang terbaik dari ladang lah..!
Lihat saja semua hasil tanaman menjadi dan 
membesar bagai johan..hahahaha
Sayur kailan, cempedak dan terung segar dari 
kebun di hadapan rumah saja.. 
Tak perlu tanah yang luas pun...



Lepas penat berkebun..apalagi,
boleh berehat sebentar di pondok comel sambil 
menikmati minum dan makan petang..
Melihat hasil tanaman membesar pasti terasa 
kepuasannya..kan?
Sebutir peluh petani ibarat sebiji benih di ladang
Jadi, apa lagi jejiran lain..
"Cangkul pun cangkullah!" mari kita sahut cabaran..



Tuesday, February 3, 2015

Makan-Makan Havoc..!!


Hai semua...
Sudah pastinya cuti umum macam gini ramai jejiran Maple yang mengambil peluang beristirehat dengan membawa keluarga tercinta bersiar-siar, balik kampung dan tak kurang juga aktiviti makan-makan yang di adakan di Jalan Mawar 4 ni...
Jalan Mawar 4 memang terkenal dengan aktiviti makan-makan.Tak kira cuti hujung minggu ker, cuti umum macam cuti Wesak baru-baru ni, memang dia orang tak akan lepaskan peluang ber'potluck'. Kiranya projek makan-makan memang wajib la bagi Mawar 4.Hahahaa..


Berkumpul dan bersembang-sembang sambil menjamu selera dengan menu ringan-ringan macam ni pastinya seronok...
Ada saja cerita terbaru dan tips-tips yang dapat dikongsi bersama.Dari cerita resepi,sukan,pendidikan anak-anak dan banyak lagi la.Pendek kata berkumpul macam ni memang HAVOC uolllls..!

Gotong Royong Terbaik....!

"Berkumpul, makan-makan sambil bergotong royong" 
Selain mencengah Aedes yang bahaya tu, 
dapat menjaga kebersihan halaman rumah memasing..
Yang paling penting dapat menambah silaturahim..
Memang hebat dan terbaik!

Semua berganding bahu, bak kata pepatah ringan 
sama dijinjing berat sama dipikul..
inilah yang dibuktikan oleh jejiran  
Jalan Mawar 4 apabila bergotong royong..




Ha.. ini pulak gotong royong terbaik dari Jalan Mawar 3..



Gotong royong diketuai oleh Abg Din dan Kak Gee..
Terima kasih  semua..
Dan yang paling penting visi berjaya..!

Sunday, February 1, 2015

Berkebun Cara Moden

Siapa kata tinggal di bandar tidak boleh berkebun...

Jeng..jeng..jeng..jangan terkejut dekat Maple ada 
pekebun berjaya tau.Tak percaya tengok ni...
Ha..sampai tersandar si kecil ni melihat Uncle Amin
menunjukkan hasil taninya..terlajak laris..!!
Jadi, siapa kata tinggal di kawasan perumahan macam ni
tak boleh berkebun..macam-macam hasil yang boleh 
kita dapat. Hendak dengan tidak jer..
Harap lepas ni sama-samalah kita berbakti pada tanah..
Syabas En Amin!