Friday, August 14, 2015

Yeay..Esok Hari Raya...............

Salam Aidilfitri....



Maaf Zahir dan Batin dari kami AJK Maple
untuk semua warga Maple, Iris, Lily dan
yang berada dimana sahaja..


 Akhirnya genap sudah sebulan berpuasa..
Ramadhan berlalu pergi moga kita bertemu 
jua di tahun hadapan..
Huhuhu..sedih la pulak..

Ok...ni nak tanya siapa yang tak cukup berpuasa 
tidak boleh beraya ya...
Muhahaha...
Teringat zaman kecik-kecik dulu..
Seronok giler time raya ni...
Memang di tunggu-tunggu.. 
Paling tak sabar bila nak kira duit raya...

Untuk yang pulang ke kampung halaman..
Harap patuhi had laju dan memandu dengan 
selamat..ingatlah orang tersayang..

Moga amalan ziarah-menziarahi bukan sahaja
sanak keluarga dan saudara mara..
begitu juga dengan sesama jiran akan 
terus kekal hingga selamanya..




Bagi warga Maple ni..sambutan hari raya dia orang..
hermm..tak payah cakaplah..
tiap-tiap tahun meriah..!
Hahahaha...tak gitu...




               Selamat Hari Raya Semua..!!








Main Entrance Statement & New Post Guard


Main Entrance Statement MAPLE SU1 done!

Waaa....Weee..teruja sungguh!!

Akhirnya warga Maple sudah memiliki 'Main Entrance Statement' dan bukan itu sahaja, bahkan Rumah Pondok Pengawal yang baru yang lebih tegap kukuh dan 
mencerminkan kediaman warga
Maple yang agak elit gitu.....


















Ini adalah atas usaha seluruh warga Maple dan bantuan 
mantap dari AJK Maple yang telah sama-sama berusaha menjayakannya...
Syabas dan Tahniah semua...


Ini adalah amat bersesuaian dengan musim perayaan 
yang bakal disambut tidak lama lagi..
Almaklumlah..sudah pastinya semua warga Maple 
amat risau dan bimbang tentang keselamatan harta benda yang ditinggalkan untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing nanti























Jadi,sila patuhi waktu operasi bagi penguatkuasaan pintu pagar keselamatan ya...
dan semestinya pelawat sila lapor diri anda terlebih dulu..







Lepak Santai bersama Kejiranan Maple

Baru-baru ini satu aktiviti "Lepak Santai" telah diadakan oleh
AJK Maple dengan Warga atau lebih tepat sekali Kejiranan
Maple....

Maple memang AWESOME !!!
Memang satu tepukan gemuruh untuk diri sendirilah...
memang harus dipuji..semua warga maple amat positif dan memberi
kerjasama yang 200%...ahahaha


"Lepak Santai"  ini bukan sahaja bertujuan riadah dan lebih mengenal mesra
antara satu sama lain.tetapi yang paling penting sokongan terhadap
semangat kejiranan itu sendiri.










Konsepnya mudah, sambil makan-makan, boleh bersembang dan melontarkan
pandangan dan cadangan tentang halatuju mahupun aktiviti yang telah dirancangkan.


Lihat sahaja gelagat masing-masing dan pastinya anak-anak adalah orang yang paling seronok bila aktiviti ini dijalankan.Gelagat warga Maple untuk
menyediakan makanan dan minuman yang tak perlu disangkal lagi..
memang hebat...













Almaklumlah, katering disediakan oleh setiap lorong,
jadi dah tentulah HAVOC di buatnya...








Friday, March 13, 2015

Kejohanan Futsal Kejiranan Sural Al-Mustaqim

Kejohanan Futsal


Baru-baru ini, satu kejohanan futsal bagi kejiranan Surau Al-Mustaqim telah diadakan di Sport Planet Puncak Alam
Futsal ni diwakili oleh kejiranan Maple, Iris dan Lily.  

Kategori yang bertanding pula Bawah 12 tahun, Bawah 15 tahun dan Dewasa. Setiap kejiranan masing-masing menghantar 2 kumpulan. 



Memang seronok tengok gelagat masing-masing bermain futsal dari yang kanak-kanak sampailah ke dewasanya.Apa-apa pun senaman ringan sebelum bermain mesti dilakukan dahulu..



Yang pastinya semangat kesukanan yang tinggi di tunjukkan oleh setiap pemain dan semestinya semangat juang untuk menang terutamanya dari kejiranan Maple yang bermain bermati-matian

Inilah piala yang diidam-idamkan oleh semua pemain..dan yang pastinya semua dapat pulang bersama hadiah ya..memang terbaik.

Kemenangan berpihak kepada kejiranan Lily yang berjaya mengalahkan Maple di tempat kedua dan Iris di tempat ketiga..

Tahniah..tahniah kepada pemenang!!
Kepada Maple cuba lagi ya...jangan berputus asa..
tahun depan piala ni pasti milik kita..caiyokk!!



Tuesday, February 10, 2015

Ladies Club..For Ladies Only..Come on Ladies..!

Its...Aerobik time...yeay..yeay!!

1,2,3,4...8, 8 lagi...Hahaha..best betul ni..!!
Satu-satunya aktiviti untuk para ibu-ibu yang ingin
melepaskan stress selepas sibuk dengan pelbagai 
tuntutan dan tugasan sebagai isteri dan ibu kan?
Apalagi...meh jom-jom kita longgarkan mana
yang patut tu..buang yang semua tepu-tepu tu..



So jangan kata tiada masa untuk diri sendiri ya..
Mari la bersenamrobik bersama  di Mawar 3 yang 
dipimpin oleh "amatur instructor" oleh Pn Farah
(Mawar 4), hari Ahad minggu pertama.
Oh ya.. aktiviti ni di lakukan sebulan sekali dan mungkin akan dikerapkan sekiranya mendapat sambutan yang baik.





Muka ibu-ibu yang gembira bersenamrobik
Sempat berposing lagi uolllsss..
Dan ni pulak kumbang tersesat jalan sudah..
So lepas penat senam..bersarapan bersama-sama..
Memang serius best gilerr la..!! 




Wednesday, February 4, 2015

Hang Kebun....


"Tuan Assistant Director, klu saya tak boleh jadi Hang Jebat pun 
takpe lah..kasilah saya jadi Hang Kebun..."
"Ha..Hang Kebun belum ada pelakonnya, tapi...
klu nak jadi Hang Kebun tak boleh pakai keris mesti pakai cangkul."
"Cangkul pun cangkullah.."
Ingat tak lagi petikan dari cerita Seniman Bujang Lapok ni?

Nampaknya memang ramai yang menjadi Hang Kebun di Mawar 2 ni..muhahaha..
Rasanya memang idea yang hebat dan usaha gigih jejiran
Mawar 2 kita ni memang terbaik dari ladang lah..!
Lihat saja semua hasil tanaman menjadi dan 
membesar bagai johan..hahahaha
Sayur kailan, cempedak dan terung segar dari 
kebun di hadapan rumah saja.. 
Tak perlu tanah yang luas pun...



Lepas penat berkebun..apalagi,
boleh berehat sebentar di pondok comel sambil 
menikmati minum dan makan petang..
Melihat hasil tanaman membesar pasti terasa 
kepuasannya..kan?
Sebutir peluh petani ibarat sebiji benih di ladang
Jadi, apa lagi jejiran lain..
"Cangkul pun cangkullah!" mari kita sahut cabaran..